Ideas Menu Sahur Sihat

Dam Dam Dum bunyi mercun... sekarang ini bila dah masuk 1/3 Ramadhan mulalah kepala sing along lagu raya yang legend semasa zaman kanak-kanak dahulu. Teringat saya akan kenangan bermain bunga api sambil ditemani arwah mak yang sibuk mencari signal siaran radio di halaman rumah. Ya arwah mak ada radio kecik yang diboleh bawak ke mana aja dia nak pasangkan radio itu. Dia suka dengar forum dalam radio dan layan lagu-lagu klasik. Rindunya kenangan itu, tapi akan daya takdir telah merubah segalanya. Hidup harus diteruskan dengan menerima kententuan Allah dengan hati yang lapang.


Bila sebut mengenai sahur ini, antara lauk wajib ada untuk hari pertama menyambut puasa mesti mak akan masakan kami ayam masak kicap. Ya Allah bau aroma ayam kicap mak memang tiada tandingannya! Sempurna dan nikmat. Lauk favorite kami sekeluarga. 

Bila bersahur ini kita kena memilih makanan yang cukup serat. Maklumlah badan tak makan dalam tempoh yang lama. Jadi kita perlukan tenaga yang lebih untuk melakukan aktiviti harian. Patutlah Rasulluah berpesan kepada kita agar bersahur kerana pada bersahur itu ada kerbekatan. (Hadis riwayat al-Bukhari).

Dibawah ini saya sertakan cadangan menu sahur yang sihat dan cukup serat :



Ikan Bilis Goreng Asam (Dengan Asam Jawa)

Bahan-bahannya:
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 1 biji
Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)
1 sudu besar gula
Garam (secukup rasa)
Ikan bilis
Kentang 1 biji (dipotong nipis)
Minyak

Cara-caranya:
Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap!

Masa tumis bawang tu, minyak 3-4 sudu je. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin so tak perlu letak garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu.


Wrap Ayam

Bahan-Bahan:

Roti tortilla (mission wrap)

Isi ayam (dada) (potong kecik)

Salad

Tomato

Carrot (hiris halus-halus)

Timun (hiris halus-halus)

Kubis

Mayonis

Sos cili

Sos thousand island

Telur

Cara Membuat:

1. Roti mission Wrap dibakar menggunakan frying pan

2. Isi ayam di gaul dgn garam,celupkan dlam telur serta tepung goreng cap bestari dan di goreng. 


Overnight Oat

  1. 3 hingga 5 sudu rolled oats
  2. Susu segar
  3. 2 sudu yogurt (perisa dan jenis mengikut cita rasa anda)
  4. Aneka kacang (biji labu, biji bunga matahari, kismis atau apa sahaja mengikut cita rasa anda)
  5. Chia seeds
  6. Madu (secukup rasa)
  7. Buah-buahan (ikut cita rasa anda)
  8. Dalam balang kecil, gabungkan kacang, oats dan chia seeds. Kemudian, masukkan yogurt dan madu.
  9. Seterusnya, tambahkan susu sehingga oats tenggelam
  10. Simpankan oats di dalam peti sejuk semalaman. Anda boleh menyediakan beberapa hidangan oats terlebih dahulu dan simpan untuk masa akan datang. Overnight oats boleh bertahan di dalam peti sejuk selama 5 hari.

Menu Sahur Senang Yang Saya amalkan setiap Ramadan

Ini yang saya makan setiap hari masa sahur. Ada juga makan nasi dan lauk. Cuma portionnya sangat sedikit dari suku-suku separuh sebab nanti saya nak minum set puasa shaklee sebab kenyang lama, ada nutrisi yang badan perlu terutama ketika berpuasa. Kalau minum set puasa shaklee sahaja memang boleh bertahan lama takda gangguan diwaktu siang.



Shaklee Product: Always Safe, Always Work, Always Green.



 




These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Johor berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara Percuma? Email: norainiabdullah87@gmail.com Call/WhatsApp: 016 984 9383.

Post a Comment

0 Comments