Tiga Langkah Mudah Naik Train ETS Ke Hatyai

Jika mahu ikutkan nafsu pilihan, mahu saja teruskan pengambaraan ke Europe! Tapi apakan daya, tabungan hanya mampu mengembara ke Hatyai, Thailand. Mari saya kongsikan 3 langkah mudah naik train ETS ke Hatyai.




Tips Berguna Untuk First Timer!

Salah satu pilihan menarik untuk pergi ke Hatyai adalah dengan menaiki train ETS ( electric train services ). Perjalanan dengan kereta api bukan sahaja menjimatkan kos, malah ia juga memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. 

Sekiranya anda baru pertama kali ke Hatyai, berikut dikongsikan Panduan Laluan Naik Train ETS ke Hatyai sebagai rujukan perjalanan. 


1. KL Sentral ke Padang Besar naik ETS

Perjalanan anda akan bermula dengan menaiki Electric Train Service (ETS) dari Kuala Lumpur Sentral ke Padang Besar. ETS merupakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).  



Ada beberapa pilihan masa perlepasan ETS dari KL Sentral ke Padang Besar setiap hari. Anda boleh merujuk masa perlepasan dan menempah tiket ETS dari KL Sentral ke Padang Besar melalui laman sesawang : 



  • Harga tiket ETS: Harga tiket untuk perjalanan satu hala ke Padang Besar bermula dari RM76 dan ke atas *harga akan berubah mengikut musim dan hari cuti umum mengikut kelas train*

  • Tempoh perjalanan: Perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar mengambil masa lebih kurang 5-6 jam, bergantung kepada jenis perkhidmatan (Gold atau Platinum).


2. Pemeriksaan Imigresen Di Stesen Padang Besar

Setelah tiba di Padang Besar, penumpang perlu melalui prosuder imigresen dan kastam untuk keluar dari Malaysia dan masuk ke Thailand. Proses ini dilakukan di dalam bangunan stesen keretapi Padang Besar.




3. Padang Besar ke Hatyai 

Selepas melalui pemeriksaan imigresen, penumpang boleh menaiki keretapi shuttle dari Padang Besar ke Hatyai. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh State Railway of Thailand (SRT). Perjalanan dari Padang Besar ke Hatyai mengambil masa kira-kira satu jam.  

Harga tiket Shuttle Train : Tiket Shuttle dari Padang Besar ke Hatyai adalah sekitar 50 baht, iaitu lebih kurang RM7. Anda boleh membayar dalam Ringgit Malaysia, tetapi lebih baik bayar dalam Baht untuk mendapatkan kadar wang yang lebih baik.

Pengalaman naik train ke Hatyai menawarkan keseronokkan yang tersendiri. Dengan pilihan ETS anda boleh menyesuaikan perjalanan ke Hatyai mengikut keselesaan dan bajet anda. Selamat Mengambara!


Vitamin Terbaik Semasa Travel : 

1. Peppermint Ginger Plus. 



Semasa travel, ada sesetengah orang perutnya cepat meragam. Hal ini, kerana berlaku perubahan cara masakan atau keadaan sekitar yang berbeza dari rutin harian. Saya cadangkan kepada anda yang kerap sebu perut dan masuk angin. Ambillah vitamin
peppermint ginger plus dari shaklee ini, ia dapat membantu membuang angin dan melegakan perut dengan cepat dan baik. Mood anda semasa travel juga akan terjaga rapi. 


2. Sustained Release Vita-C Plus



Vitamin C-Plus ini macam biasalah, vitamin wajib dibawa ke mana saja. Ia mengandungi anti-oksida unggul untuk mengukuhkan benteng pertahanan semulajadi badan anda. 


3. OsteNutrix 


Jika yang satu ini, saya boleh katakan ianya menjadi favorite vitamin saya sekarang, semasa travel kita akan lebih banyak bergerak dari biasa. Steps juga akan bertambah, mungkin sehari 10 ribu langkah tu biasa. Jadi untuk memastikan otot dan sendi saya dalam keadaan baik dan kurang sengal. Saya akan ambil 3 atau 4 biji sebelum saya tidur. Bangun pagi nanti dah takda isu sengal badan. Mood pun happy nak explore Hatyai!

Klik link ini untuk dapatkan Vitamin Terbaik Untuk Travel :)





These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Johor berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara Percuma? Email: norainiabdullah87@gmail.com Call/WhatsApp: 016 984 9383.

Post a Comment

0 Comments