Belanjawan 2025 | Pengajian Tinggi Bersaing Sihat Di Pentas Global.




Kesejahteraan sosial terus menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober lalu. Reformasi strategik ini menjadi kayu ukur utama dalam memacu pembangunan mampan dan kemajuan negara. Elemen seperti pembelajaran sepanjang hayat serta peningkatan infrastruktur dan kapasiti modal insan dijadikan tunjang utama untuk mencapai matalamat tersebut. 

Sebanyak RM 18 billion diperentukkan kerajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam usaha mencapai matlamat berkenaan. 

Pembangunan kapasiti modal insan dan pencapaian dalam sektor kritikal seperti teknologi, digital, keselamatan sumber dan rataian bekalan menjadi fokus utama. 

Selain itu, kemajuan dalam bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, sumber tenaga hijau dan mineral turut menjadi keutamaan untuk masa depan negara.

Menurut, Naib canselor Universiti Malaya dan Felo Akademik Sains Makaysia, Prof Datuk Seri Ir Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata Universiti Malaya (UM), selaras dengan aspirasi negara terus melangkah maju dengan memperkenalkan inovasi baharu dalam pendidikan dan penyelidakan sesuai dengan statusnya sebagai peneraju pendidikan tinggi di Malaysia. 



Universiti ini juga berperanan penting dalam memastikan kesejahteraan dan mobiliti sosial rakyat melalui pendidikan tinggi yang berkualiti.

Melalui akses pendidikan tinggi yang meluas dan menyeluruh, peluang perkerjaan dan peningkatan pendapatan isi rumah akan meningkat. Ini seterusnya akan mengurangkan kadar kemiskinan dan menangani isu sosial yang membelenggu masyarakat. Pembangunan modal insan berkemahiran tinggi akan membawa impak besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. 

Pelaburan besar dalam sektor penyelidikan baharu dan bidang saintifik kritikal adalah langkah penting bagi memastikan Malaysia dapat menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sektor-sektor utama, seterusnya merapatkan jurang geografi, demografi dan ekonomi. 

Dengan cabaran baru dalam arena geopolitik, teknologi dan perubahan iklim, universiti tempatan perlu bersedia melakukan transformasi yang lebih berani. 

Mereka bukan sahaja perlu menyediakan penyelesaian untuk masalah semasa tetapi juga berperanan sebagai pemacu utama dalam pembangunan negara dan tamadun.

Pelaburan dalam teknologi dan infrastruktur pengajaran dan penyelidikan adalah kritikal untuk menyediakan pelajar, penyelidik dan ahli akademik dengan peralatan yang diperlukan.

Ini termasuklah membina kapasiti AI dan teknologu digital untuk membawa negara ke hadapan. 

Bidang kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital terus menjadi bidang kritikal yang akan memberikan pulangan strategik kepada negara. Pelan seperti Pelan Induk Perindustrian Negara 2030 dan Peralihan Tenaga Negara bergantung pada AI yang pintar dan berfokus untuk mencapai matlamat sifar karbon bersih menjelang 2050. 

Kerjasama awam-swasta juga perlu dipertingkatkan bagi mengoptimumkan kos, menggalakan kepakaran dan memastikan kecekapan. Universiti harus memainkan peranan penting dalam membina ekosistem AI yang mampan dan berdaya tahan serta memanfaatkan teknologi ini dalam pelbagai sektor. 

Untuk Malaysia terus maju sebagai negara berpendapatan tinggi, pembangunan pendidikan tinggi yang mampan dan pelaburan strategik dalam teknologi serta modal insan mesti diberi keutamaan. 

Perancangan yang teliti dan berpandangan jauh dalam bidang ini akan menentukan daya saing ekonomi negara pada masa depan, serta menjamin kemakmuran ekonomi dan sosial bagi semua rakyat. 

Reformasi Belanjawan 2025 menandakan langkah penting ke arah mencapai matlamat ini, dengan tumpuan kepada keseimbangan pembangunan yang menyeluruh, selari dengan aspirasi Malaysia sebagai negara yang seimbang dalam segala aspek. 

Tahukah Anda ???

40% daripada pelajar yang ambil Omega 3, menunjukan peningkatan mendadak dalam pelajaran ( membaca, mengkira, mengeja ) serta tingkahlaku yang lebih baik. 

Nak Omega??? 
hubungi ditalian : 016 984 9383










These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Johor berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara Percuma? Email: norainiabdullah87@gmail.com Call/WhatsApp: 016 984 9383.

Post a Comment

2 Comments

  1. pendidikan ialah sebenarnya pelaburan terbaik, yang akan membawa masuk duit ke dalam poket kita

    ReplyDelete
  2. memang penting pendidikan, jangan abaikan

    ReplyDelete