Sempena musim cuti perayaan Deepavali selama empat hari ini, pastinya anda semua sudah menyusun jadual perjalan pulang ke kampung halaman ataupun mengambil masa cuti bersama keluarga ke tempat-tempat yang menarik kan? Harini saya ingin kongsikan beberapa tips mengamalkan sikap tolak ansur kunci elak kemalangan jalan raya.
Tips Elak Kemalangan Di Musim Cuti Perayaan.
Kemalangan jalan raya merupakan ancaman serius keselamatan masyarakat di Malaysia. Setiap kali musim cuti perayaan. Kita akan mendapat berita kemalangan yang menyebabkan kecederaan dan kematian menjadi tajuk utama dalam media massa.
Bagaimanakah kita boleh menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kemalangan jalan raya? Jawapannya mungkin terletak pada sikap tolak ansur.
Pertama, sikap tolak ansur melibatkan kepatuhan kepada undang-undang jalan raya. Ini termasuklah mematuhi had laju, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan mengamalkan keselamatan seperti memakai tali pinggang keselamatan. Kepatuhan terhadap undang-undang adalah langkah awal yang penting dalam mencegah kemalangan.
Kedua, adalah penting untuk mengamalkan kesabaran dan keteraturan semasa memandu. Hindari tindakan mengekalkan jarak yang terlalu dekat dengan kenderaan di hadapan, serta elakkan dari menukar lorong secara mendadak. Dengan memberi ruang dan mematuhi peraturan jalan, kita dapat mengurangkan risiko kemalangan yang tidak diingini.
Selain itu, kepekaan terhadap persekitaran juga merupakan aspek penting dalam sikap tolak ansur. Sentiasa mengamati kenderaan dan pejalan kaki di sekeliling, serta memberi isyarat dengan betul semasa membuat pusingan atau menukar lorong, adalah langkah-langkah proaktif yang dapat membantu mencegah kemalangan.
Sikap tolak ansur bukanlah sekadar tanggungjawab pemandu, tetapi juga tanggungjawab bersama sebagai pengguna jalan raya. Dengan mengamalkan sikap bertimbang rasa dan kesedaran terhadap keselamatan, kita dapat membentuk masyarakat yang lebih selamat dan bertanggungjawab di atas jalan raya.
Jadi, marilah kita semua mengambil sikap tolak ansur sebagai panduan utama dalam aktiviti memandu kita. Dengan melakukan itu, kita dapat menyelamatkan diri sendiri dan orang lain dari malapetaka yang tidak diingini di jalan raya. Keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama.
Semoga selamat sampai ke destinasi dengan selamat. Enjoy your day!
0 Comments