Sebelum kita ke topic yang saya janjikan semalam mengenai insulin atau paras gula menurun saya berkongsi sedikit bagaimana cara perlaksanaan intermitten fasting. Untuk melaksanakan intermittent fasting, saya boleh rumuskan konsep asasnya kepada dua iaitu pertama tempoh puasa sekurang-kurangnya 12 jam atau lebih. Kedua tidak mengambil makanan atau minuman yang meningkatkan gula semasa berpuasa.
Pernah terfikir kenapa harus lebih 12 jam? Hal ini adalah
kerana dalam tempoh masa tersebut barulah badan akan menghabiskan simpanan
tenaga di hati dan memulakan proses ketosis. Ini bermakna badan berubah
daripada menggunakan gula sebagai tenaga kepada penggunaan lemak.
Oh ya untuk pengetahuan semua mesti akan rasa pelik kan
kenapa dibenarkan minum Teh kosong atau kopi kosong je sepanjang puasa selain
air putih. Makanan atau minuman yang tinggi gula akan menyebabkan hormon
insulin naik mendadak. Inilah yang saya nak ceritakan itu kenapa insulin boleh
turun jika kita amalkan intermitten fasting. Hormon insulin merupakan hormon
yang menyimpan lebihan gula dalam bentuk lemak. Proses ketosis juga dapat
dihalang.
Jeng jeng jeng! Apa pulak ketosis tu ya? Ketosis ini adalah proses metabolism badan yang menggunakan lemak sebagai tenaga. Ini bermakna, apabila kita berpuasa dan elakkan makanan yang bergula. Insulin kekal rendah dan badan akan menyimpan gula bagi kegunaan sel-sel tertentu sahaja.
Manakala majoriti sel dalam badan akan menghasilkan tenaga
menggunakan lemak yang dihasilkan daripada simpanan lemak dalam badan sebagai
sumber alternatif. Proses inilah yang dipanggil ketosis.
Alang-alang dah tahu bagaimana intermitten fasting ini menurunkan paras gula. Saya nak kongsikan beberapa kebaikkan IF ini dalam mengelakkan penyakit.
- Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer
- Mengurangkan tekanan darah dan mengawal penyakit
darah tinggi
3. - Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan
mengurangkan jumlah kolestrol
4. - Meningkatkan sensitivity insulin badan dan
mengelakkan diabetis
Selain itu,sel dalam badan juga dapat dioptimumkan seperti :
1. - Mengelakkan proses permusnahan sel
2. - Meningkatkan focus dan tenaga
3. - Meningkatkan fungsi kognitif
4. - Meransang proses pembaikian sel (autophagy) genetic dan DNA.
Love as always,
0 Comments