Seumur hidup saya inilah pertama kalinya saya jatuh cinta pandang pertama dengan Pulau Redang, tempat ini sangat magical! Hebatnya kekuasaan Allah mencipta pulau ini dengan penuh terperinci. Setiap sosok pulau ini tiada cacat celanya. Ciptaan semulajadi yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Bersyukurnya saya tempat ini berada di pantai timur semenanjung Malaysia sahaja. Tidak perlulah saya menyediakan kos terlalu tinggi untuk kerap ke sana seperti persediaan ke luar negara. Terima kaseh Allah kerna kurniakan nikmat ini kepada kami rakyat Malaysia khususnya.
pemandangan dari ruang makan resort.
Perjalanan Mengambil Masa Lebih Kurang Satu Jam.
Masa di Pulau Redang, kami bertiga
memilih sebuah resort yang sederhana tetapi facilities asas complete dan selesa
untuk dijadikan sebagai staycation merehatkan minda dan badan sepanjang 3hari
2malam di sana.
Kami bertolak dari Kuala Lumpur menaiki flight Airasia ke Kuala Terengganu. Ambil flight tengah hari which is selepas zuhor kami touchdown ke Airport Terengganu lebih kurang jam 2petang. Sampai di Airport, kami ambil teksi untuk ke hotel yang kami tempah untuk tidur semalaman sebelum esoknya, awal pagi kami kena gerak ke jeti Marang. Shuttle ke Jeti dan boat transfer semua all in dalam pakej. Berbaloi jimat.
my favorite travel trio partner, sempat selfie before keluar flight.
Tunggu hanya 20 minit sahaja di
Jeti Merang Waterfront.
Tiba sahaja dijeti kelihatan ada beberapa
orang sedang beratur untuk membeli tiket boat transfer. Mujurlah juga pakej
yang kami ambil ini sekali juga dengan tiket boat jadi tidak perlulah beratur,
hanya jumpa agent sahaja di jeti. Encik Mazlan yang uruskan semuanya. Legaaa…
Perjalanan Mengambil Masa lebih
kurang 30 ke 40 minit ke Pulau Redang.
Bagi korang yang tertanya, perjalanan
boat dari jeti Merang ke Pulau Redang mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja,
tetapi jika arus ombak kuat dan bumping ride akan mengambil masa lebih kurang
40 ke 45 minit juga atas faktor keselamatan. Seronok naik boat ini masa jimat dan
open space tu nikmat dengan pemandangan laut yang luas. Layan beb tiupan angin
laut tu. Nikmat betul!
yayyy! kami dah dalam perjalanan ke resort yang terletak di Pasir Panjang.
Berbaloi gila menginap di Redang Reef
Resort.
Kami bertiga menginap di Redang Reef Resort
selama 3hari 2malam. Sebenarnya ini bukanlah pertama kali saya menginap di
sini, kerana beberapa tahun sebelum pun saya pernah menginap disini. Tapi atas
dasar cinta saya kepada resort dan pulau redang ini menyebabkan saya mengambil
keputusan sekali lagi untuk menginap disini.
Dah sampai pulau pun ada shuttle dari jeti ke resort tau. puas hati betul.
Antara sebab saya suka menginap disini adalah kerana harga pakejnya murah dan include food, provided four time per day, land transfer, boat transfer dan sudah tentu bilik lengkap dengan hawa dingin dan water heater. Pemandangan superb! Beach view atau garden view. Bayangkan semua ini saya dapat hanya Rm350 sahaja seorang! Murahkan…Oh ya harga tersebut pun termasuk untuk aktiviti snorkeling ya. Tak perlu pening-pening nak sediakan duit untuk aktiviti laut dah. Pack baju dan terus gerak. Ada rezeki saya doakan semua sampai ke Pulau Redang.
Abang boatman baik hati. berhentikan kami di sand bank untuk amik gambar dengan sunrise!
Rezeki kami hebat. Alhamdulliah.
sampai jumpa lagi korang dengan next entry ya. Sampai jumpa lagi!
pija abdullah
your trusted SID
928411
0 Comments