Tips Kurus Dengan Cepat



Siapa kat sini yang selalu ikut tips kurus dengan cepat tapi hasilnya tidak berkesan? Eleh saya lah tu orangnya. Hehehehe

Jadi rakyat Malaysia ini yang mempunyai variety foods. Food hunter macam saya ini memang akan tewaslah, sometimes tengok pisang goreng pun boleh terliur adoila masalah betulkan.


Jadi hari ini saya mahu kongsikan beberapa tips kurus dengan cepat yang saya baca di internet. Manalah tahu dalam tujuh tips kurus ini, salah satunya memberi manfaat dan mampu membantu kita semua mengubah gaya pemilihan makanan yang betul. Jom! kita usha apa tipsnya tu?


7 tips kurus dengan cepat
 

Ada pelbagai kaedah atau pelan diet yang mungkin kita selalu dengar untuk kurus dan hilangkan berat badan.

Termasuklah mereka mensyorkan kita berpuasalah, cut sugar, kurangkan karbo dan tukar beras serta macam-macam lagilah. Sampai satu tahap saya yang baca pun ikut stress. Yelah dah itu semua favorite kita semua kan.

Saya tertarik sangat dengan 7 cara kurus dengan cepat ini yang boleh membantu kita menurunkan berat badan dengan berkesan.

1. Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein


protein food family

Salah satu cara yang paling berkesan sebagai tip kuruskan badan adalah dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk beberapa hari.

Kajian juga telah membuktikan bahawa pelan diet yang mengurangkan pengamblan karbohidrat adalah pelan terbaik untuk menurunkan berat badan seseorang.

Pengurangan pengambilan karbohidrat dalam tempoh beberapa hari juga boleh mengurangkan berat air dalam tubuh. 

Namun, untuk menggalakkan kita berasa kenyang dan kurang berasa lapar, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat tersebut.

Tapi cara saya mudah je, dengan kehidupan saya yang terlalu sibuk ini. Tak menang tangan nak prepare foods hari-hari nak beli pulak kawasan rumah saya ini terhad stock nak dapatkan protein group yang cukup baik. Jadi saya ambil saja la ESP Shaklee sebagai sumber protein yang lengkap dalam diet saya. 

2. Makan makanan sebenar, bukan makanan yang diproses


Maksud makanan sebenar di sini ialah makanan yang tidak diproses macam nuggets, sosej dan seangkatan denganya.

Makanan sebenar boleh membantu mengenyangkan perut berbanding makanan diproses yang ternyata tidak mengenyangkan dan tinggi kalori.

kita boleh mengambil sumber protein tanpa lemak seperti ayam dan ikan, selain sayurr-sayuran yang rendah kandungan karbohidrat. Ini ngam saya memang suka salad sebab mudah nak buat dan hadam.

Jenis makanan seperti ini sangat mengenyangkan dan tidak mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

3.Kurangkan pengambilan kalori harian



Cara untuk kurus melalui pengiraan pengambilan kalori harian:

  • Kira pengambilan kalori: Untuk memudahkan pengiraan kalori harian, muat turun sebarang aplikasi pengiraan kalori di telefon. Dengan cara ini, kita akan dapat mengira pengambilan kalori selain jumlah nutrien daripada makanan yang kita makan
  • Elakkan pengambilan snek: Pengambilan snek antara waktu makan hanya akan meningkatkan jumlah kalori harian tanpa sedar. Ermmm nampaknya saya kena cut jajan la macam ini. Oleh itu, kurangkan atau elakkan sebarang pengambilan snek antara waktu makan. Jangan sesekali makan selepas anda menikmati makan malam
  • Kurangkan sebarang sos: Salah satu cara mudah lain untuk mengurangkan kalori adalah dengan mengurangkan pengambilan sos pencicah makanan seperti sos cili, mayones dan juga kicap
  • Banyakkan makan sayur: Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan kurangkan pengambilan karbohidrat dan makanan berkanji
  • Elak minuman manis: Cuba banyakkan pengambilan air kosong dan kurangkan pengambilan minuman bergula

4. Bersenam dan bersukan

Bagi membakar kalori dan juga lemak badan dengan lebih cepat, kerapkan bersenam dan bersukan setiap hari selama sekurang-kurangnya 30 minit.

Boleh mencuba sebarang aktiviti dengan intensiti tinggi seperti angkat berat, berjoging dan berlari.

5. Teruskan aktif walaupun bukan pada waktu bersukan

Jika kita tidak mempunyai masa untuk bersenam dan bersukan secara khusus, ada aktiviti masih boleh membakar lebih kalori dalam tubuh anda melalui peningkatan aktiviti harian yang lebih aktif.

Ubah gaya hidup kepada cara hidup yang melibatkan lebih banyak pergerakan seperti menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja.

Jika pejabat tidak berada di tingkat yang terlalu tinggi, gunakan tangga berbanding lif.

Jika berada di rumah, boleh terus kekal aktif dengan cara melakukan pelbagai aktiviti lain seperti mencuci dan membersihkan kawasan rumah.

6. Intermittent fasting atau berpuasa 

Salah satu petua kurus untuk membakar lemak badan yang tersimpan sejak sekian lama adalah melalui intermittent fasting.

Kaedah ini secara tidak langsung akan memaksa kita mengurangkan pengambilan kalori harian.

Ada yang mengamalkan 16 jam puasa dan 8 jam waktu makan.

Ada juga yang mengamalkan 20 jam berpuasa dan hanya 4 jam waktu makan.


7. Kurangkan berat air dalam tubuh

Terdapat beberapa kaedah untuk kurangkan berat air dalam tubuh yang kita boleh cuba untuk kurus dengan cepat

Salah satunya adalah dengan cara meminum kopi.

Kopi adalah salah satu minuman yang dikenali mengandungi kandungan kafein.

Kafein boleh membantu anda membakar lebih banyak lemak dan menghilangkan lebihan air dalam tubuh. kopi lover mesti dah tersenyum simpul suka ini, tapi janganglah over intake ya. takut nanti ganggu deep sleep pula. Bersederhana saja lebih baik. 

Macam mana bestkan tips kurus dengan cepat ini, secara tak langsung kita boleh mengubah gaya hidup kita dari kurang baik kepada lebih baik. Mudahan ianya membuahkan hasil yang lumayan. Itu saja perkongsian saya kali ini, semoga ia membantu perjalanan kurus dengan cepat ya. Sekian Wasalam.

Boleh juga mencuba Set Hello New Shaklee untuk mendapatkan berat badan ideal yang lebih berkesan.

Jangan Culas Kekal Displin 

PIJA.ABDULLAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
928411
016 9849383












These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Johor berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara Percuma? Email: norainiabdullah87@gmail.com Call/WhatsApp: 016 984 9383.

Post a Comment

0 Comments