Review Project Blog Mega Shaklee 1.0


Seingat saya awal bulan februari 2023, saya mendapat satu invitation forworded text dari upline saya Huda untuk join Project Blog Mega 1.0 dibawah kelolaan penuh oleh Master Hajah Norita Idris dan juga Master Salwa Zeyn. Hal ini berikutan, isu lama yang saya alami iaitu tiada kefahaman penuh mengendalikan blog untuk meluaskan jaringan organisasi dalam bisnes shaklee khususnya. Saya amat berminat dengan blog atas asbab saya tidak mahir untuk buat video marketing. Blog ini syok sebab kita menyampaikan dengan keywords yang tepat. Agak lama jugaklah saya menguruskan blog tetapi menghasilkan result zero engagement dengan readers. Blog saya khususnya memang sendu dan carca marba. Entry lama terpaksa saya padam menjadi sejarah kerna gaya penulisan pun kelaut dalam dengan topic yang nak dikupas. Hehehehehe!

Dibawah ini saya sertakan bukti blog saya sudah ada readers yang walking dan komen. Selepas saya join project blog mega 1.0 ini.

Sebab itulah kita perlukan bimbingan penuh dari ahlinya, tak seronok belajar syok sendiri ini. Belajar dalam satu team dari pelbagai organisasi barulah teruja! Dapat berkongsi banyak ideas yang dibimbing penuh oleh kedua Master Hajah Norita dan Salwa Zeyn. Project Blog Mega 1.0 ini berlangsung dalam tempoh dua minggu sahaja, setiap minggu hanya diberikan dua tugasan. Setiap perserta diberikan teamwork untuk mengerakkan tugas kerja dengan baik. Tugasan project blog mega yang pertama ialah intermitten fasting dan set kurus shaklee. 


Hasil teamwork inilah saya berhubung dengan ahli Shaklee yang berbeza organisasi dengan saya. Sudah pasti saya tidak mengenali mereka secara peribadi. Pada mulanya timbul rasa takut juga untuk bertanyakan progress mereka dalam erti kata lain bertanyakan ideas dan time due yang mereka boleh submit kepada saya. Yelah saya tidak tahu latar belakang mereka, khuatir jika saya ter- over mengejar atau menekan ahli yang baru kenal. Tetapi siapa sangka semua peserta yang saya berhubung sangatlah komited dan berdedikasi sehingga memberi impak kepada performance saya. Masa inilah saya rasa project ini sangat bermakna especially mengenai Semangat Kerjasama (komited). Bila kita menghargai masa dan pengorbanan orang lain, sudah pasti kita akan buat yang terbaik untuk team kita. 


Project Blog Mega 1.0 ini memberi kesan yang sangat mendalam buat saya khususnya memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit semula mengejar impian yang tertunda. Saya tidak tinggalkan Shaklee sejak 2013, saya masih consumer yang loyal kerna productnya yang alami dan bermutu tinggi, terpaling penting work well in my body! Tetapi untuk menjalankan bisnes banyak betul halangan, adakalanya halangan itu datang dari diri sendiri yang kerap memberi alasan. Syukurnya apabila saya decide nak comeback my support system sentiasa mendukung dan guide me as always tetap sama seperti dulu. You know who you are. Alhamdulliah. 💓

Benarlah kata my super upline dalam business shaklee ini kejayaan tidak akan tercapai bila berseorangan. We must build together! Sebab itu Shaklee kerap mention SHARING. Dapat sesuatu?. 

Tahniah Master Hajah Norita Idris dan Master Salwa Zeyn berkat cetusan ideas project ini, anda berdua telah membantu ramai ahli Shaklee yang gelap gelita mengurus blog telah kembali bercahaya. Mashaallah Tabarakallah. Masih banyak lagi ilmu blogging yang saya kena belajar. 

Bersyukur sangat program #ProjectBlogMega 1.0 ini ada kesinambungannya. Teruja nak join #ProjectBlogMega 2.0 kerana project ini membantu saya berhubung dengan lebih ramai shaklee family, secara tidak langsung mereka membantu saya memperluaskan lagi pasaran product shaklee kepada orang ramai. Semoga usaha ini Allah pilih untuk #shakleethrive2023 insyaAllah. Tahniah organiser 🫰🏼


These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Johor berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara Percuma? Email: norainiabdullah87@gmail.com Call/WhatsApp: 016 984 9383.

Post a Comment

2 Comments