Persediaan Awal Ke Acara Hari Raya Open House.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelawat dan pembaca di blog saya ini. Diam tak diam sudah masuk 19 Syawal 1444H kita meraihkan hari raya. Normal di Malaysia kita akan terlajak raya kan, yelah bulan Syawal ini jugalah ada yang nak berpuasa enam. Maka akan delay juga sambutan itu untuk menghormati kita nak beribadah tu yang terlajak extra days. 




Perkara ini sudah biasa kita jalani, dah jadi asam dan garam kehidupan masyarakat kita. Semua orang akan teruja untuk hadir ke jemputan open house ini kan, yelah masa inilah kita nak jumpa ahli keluarga besar kita yang jauh serta kenalan yang kita hari-hari whatsApp tapi dapat jumpa bersemuka hanya asbab untuk meraihkan aidilfitri. Itulah seronoknya kenapa Hari Raya Open House ini menyeronokkan. 

Persediaan Awal ke Acara Hari Raya Open House.

Macam saya akan ingatkan setiap ahli keluarga saya amalkan vitamin imun booster shaklee terutamanya bila nak keluar berziarah pada hari raya nanti. vitamin ini saya dah pesan siap-siap seawal kita berpuasa lagi. Bila sudah sebulan mengamalkan kita tidak akan jadi kekok untuk terus amalkan masa menyambut hari raya nanti. At least something from nothing, betul kan. 

konsep kita jaga kita, haruslah terus diamalkan walaupun kita sudah bebas bergerak ke mana saja. Jaga kita perlu diamalkan walaupun kita dah bebas tak bermakna kita selamat 100%. Virus dan kuman sentiasa tersebar tanpa kita sedari dan leka. 



Hari Raya Open House - Menziarahi Saudara Mara

Raya pertama sudah menjadi tradisi setiap tahun menziarahi adik beradik belah bapa dikampung halaman. 

Rezeki kami setiap tahun adalah mempunyai masa menziarahi lengkap kesemua adik beradik belah bapa yang berada di bandar johor dan batu pahat khususnya.

Mudahlah nak ziarah menziarahi mereka semua ini lokasinya sekampung. Memang satu hari suntuk dari pagi ke malam beraya, letih memang letih tapi mengembirakan. Bapa saya sudah menjadi anak lelaki yang paling tua sejak ketiadaan abangnya tiga tahun yang lepas, meninggal akibat terjatuh dari motor.

Hari raya kedua dah ada jemputan raya dirumah sedara belah arwah mak saya di Muar. jemputan majlis doa selamat dan raya disatukan sekali dirumah pusaka arwah atok dan nenek untuk makcik dan pakcik yang berpeluang menunaikan umrah selepas syawal ke-7 nanti. Alhamdulliah sangat meriah dengan pertambahan ahli keluarga yang semakin besar. (read as : bayi-bayi semasa pkp sudah menginjak umor 2 tahun). 

Hari raya ke 3 giliran ke rumah adik bongsu bapa saya yang kini menetap bersama anak bongsu mereka di Rompin. Abang Aziz sudah berkhidmat di Rompin sejak pkp merentas negeri, jadi kami ambil kesempatan raya ini melawat dia disana sebelum kami balik ke rumah kami untuk ziarah jiran tetangga pulak nanti. 

Begitulah rutin kami sekeluarga pada hari raya pertama dan ketiga sepenuhnya dimanfaatkan untuk bersama ahli keluarga. Semoga kita semua sehat dan dipanjangkan umor untuk sambut ramadhan dan syawal lagi. Sakan beraya kali ini, setelah terhalang beberapa tahun aktiviti ziarah berskala besar. 

Sudah Menjadi Budaya Kita.

Budaya masyarakat melayu kita , ziarah menziarah dihari raya dah jadi satu kemestian dengan adanya budaya sebegini ikatan sillaturrahim sesama kita akan terjalin. Rakyat Malaysia pernah diuji dengan kehadiran covid 19. Masa tu memang tak meriahkan.


Raya dengan ahli serumah sahaja, tidak dibenarkan pergi mana- mana hanya berhubung melalui phone call dan apps sahaja. Langsung tidak menyeronokkan. Akan tetapi setiap perkara yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Semua orang lebih menghargai satu sama lain. Raya kali ni jalan raya dikampung sesak , pergi mana pun traffic jem. Nampak sangat qadha Raya Aidilfitri kali ini. Alhamdulillah terima kasih Allah atas segala nikmat dan rezeki darimu. Moga ikatan sillaturrahim antara kita semua bertambah baik menyayangi dan menghargai antara satu sama lain.

Mencari set immune booster? 

boleh klik pautan ini immune booster shaklee








These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Johor berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara Percuma? Email: norainiabdullah87@gmail.com Call/WhatsApp: 016 984 9383.

Post a Comment

0 Comments