Penjagaan pemakanan untuk ibu mengandung amat penting terutamanya ketika tempoh tiga bulan pertama hamil kerana pada ketika ini, janin baru sahaja terbentuk. Selain harus makan makanan yang seimbang, wanita mengandung juga perlu makan supplement yang sesuai untuk ibu mengandung.
Ada pelbagai jenis vitamin untuk wanita mengandung, suplemen tambahan untuk ibu mengandung dan vitamin kehamilan yang anda boleh cuba. Ini senarai makanan suplemen untuk ibu mengandung terbaik, vitamin bagus untuk ibu hamil atau suplemen ibu hamil yang bagus untuk bantu bayi membesar dengan baik.
Antara nutrisi utama dan vitamin untuk ibu hamil yang penting adalah:
1. Asid Folik
Asid Folik merupakan Vitamin B9 yang penting bagi proses penghasilan DNA, sel darah merah dan juga menggalakkan tumbesaran bayi. Ianya bukan sahaja penting pada trimester pertama (12 minggu pertama) kehamilan malahan ianya juga disarankan untuk diambil sebelum kehamilan bagi membantu proses kehamilan dan mencegah kecacatan pada tulang belakang bayi. Tanpa suplementasi ini, ibu hamil terdedah kepada risiko untuk bayi yang mengalami kecacatan. Dos yang dicadangkan ialah 400mcg setiap hari.
2. Vitamin D
Pengambilan Vitamin D dapat membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Hal ini kerana, Vitamin D memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus dalam badan. Selain daripada menguatkan tulang, ianya juga berperanan untuk menguatkan sistem pertahanan badan dan membantu dalam proses pembahagian sel. Kekurangan vitamin ini akan terdedah kepada risiko kelahiran pramatang, preeklampsia, diabetes gestasi dan risiko kelahiran pembedahan caesarean (czer). Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.
3. Zat Besi
Zat besi terbahagi kepada dua bahagian iaitu heme (yang dapat diserap dengan baik oleh tubuh dan terdapat dalam produk dari haiwan seperti daging, ikan dan lain-lain) dan non-heme (ditemui dalam sumber tumbuhan seperti kekacang, sayuran hijau ataupun sumber bijirin). Pengambilan zat besi dapat membantu mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang dan menyokong kepada pembentukan darah yang normal dan meningkatkan sistem imun badan. Kekurangan oksigen pada bayi boleh memberikan kesan yang negatif kepada IQ bayi. Dos yang dicadangkan ialah 30mg setiap hari.
4 . Protein
Masa hamil, protein sangat penting untuk kandungan ibu dan bayi terutama untuk menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat, membantu pertumbuhan serta perkembangan bayi terutamanya trimester kedua dan ketiga, membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkat lemak, mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat, meningkatkan penghasilan susu badan, menggalakkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan meningkatkan tenaga dan kecergasan.
5. Kalsium
Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).
6. Vitamin C
Selain untuk menguatkan sistem imun ibu, ia juga dapat membantu pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang bayi, menyokong penyerapan zat besi (dapat elak masalah anemia) dan menyokong pembentukan kolagen yang menjadi bahagian penting dalam salur darah dan juga bagus untuk kulit ibu dan bayi.
3. Omega 3 (DHA & EPA)
Asid Lemak Perlu seperti Omega 3 (DHA) dan EPA penting dalam membantu pembentukan dan perkembangan otak serta mengurangkan risiko alahan pada bayi. Selain itu, ianya juga dapat mengurangkan risiko pre-eklamsia ibu. Namun begitu, ibu hamil perlu berhati-hati dalam dos pengambilannya agar tidak berlebihan. Pengambilan omega 3 DHA & EPA yang cukup akan membantu menurunkan risiko depresi selepas bersalin.
VITAMIN SHAKLEE TERBAIK UNTUK DIAMBIL SEPANJANG KEHAMILAN
Langkah pertama ke arah kehamilan yang sihat ialah memilih nutrisi untuk anda dan bayi. Set Kehamilan Shaklee membantu mengisi jurang nutrisi yang mungkin berlaku pada ibu supaya dapat membina asas kesihatan yang kukuh untuk bayi yang sihat. Saya memang sangat menggalakkan anda memilih suplemen Shaklee untuk di amalkan, kerana apa? Anda boleh baca selanjutnya di entri Kenapa Shaklee adalah supplements terbaik di Malaysia. Namun untuk wanita mengandung yang ingin mencuba Set Kehamilan Shaklee paling asas dan penting, pilihan yang terbaik adalah ESP, Vita-Lize, OsteNutrix dan B Complex with Floc Asid.
4 jenis vitamin ini sudah memenuhi keperluan nutrisi untuk ibu-ibu ambil sepanjang kehamilan dari trimester pertama hingga trimester ketiga. Namun ada bajet yang lebih, boleh terus grab fullset seperti dalam poster di atas. Set ini boleh digunakan ketika berpantang, sepanjang tempoh penyusuan dan seterusnya dijadikan vitamin asas keperluan harian untuk ibu-ibu. Memang terbaik!
Berita Terbaik buat Wanita Mengandung dan Berpantang, pada bulan September 2023 ini. Shaklee melancarkan Dua Set Mama Shaklee yang terbaik dan Set Minyak dari TanaMera yang diformulasi hanya untuk Shaklee sahaja ya. Set minyak ini anda tidak boleh dapatkan dari agent luar. Khas dibawakan untuk Shaklee sahaja.
Jom kita lihat formulasi khas ini.
Pengedar Shaklee Desaru
SID : 928411
These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Johor berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara Percuma? Email: norainiabdullah87@gmail.com Call/WhatsApp: 016 984 9383.
0 Comments