Terdapat pelbagai jenis doa mustajab yang sering dijadikan amalan oleh umat Islam. Doa mustajab sentiasa dilafazkan dan dizikirkan untuk memohon sesuatu dari Allah SWT. Sebagaimana, doa pendek yang saya kongsikan ini adalah amalan harian saya setiap hari ketika selepas solat mahupun dalam keadaan haid.
Biarpun ia pendek namun terkandung 10 perkara penting yang sentiasa diminta oleh umat Islam. Antaranya, memohon dijauhkan dari azab api neraka, kemaafan ketika amalan dihitung, taubat sebelum meninggal dunia dan sebagainya. Subhanallah!
Mari jadikan ia sebagai amalan doa harian. ianya juga boleh dijadikan doa yang bagus untuk wanita kerna didalam doa ini kita memohon perlindungan yang terbaik dari Allah s.w.t . Sesungguhnya wanita itu adalah kaum yang memerlukan perlindungan yang terbaik disisi Allah dan penjaganya.
Doa ini pendek tapi merangkumi 10 perkara yang sangat penting. Sangat mudah untuk dihafal dan diamalkan setiap kali selesai solat.
DOA MUSTAJAB PENDEK TERKANDUNG 10 PERKARA PENTING, MARI AMALKAN!
اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ
Allāhumma innā nas aluka salāmatan fiddīn.
Ya Allah, kami mohon keselamatan bagi agama kami.
وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ
Wa ‘āfiyatan fil jasad.
Tubuh badan yang sihat.
وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ
Wa ziyādatan fil ‘ilm
Ilmu yang sentiasa bertambah.
وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ
Wa barakatan fir rizq.
Rezeki yang berkat.
وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ
Wa taubatan qablal maut.
Taubat sebelum meninggal dunia.
وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ
Wa rahmatan ‘indal maut.
Rahmat ketika meninggal dunia.
وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ
Wa maghfiratan ba’dal maut.
Keampunan selepas meninggal dunia.
اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ
Allāhumma hawwin ‘alainā fī sakarātil maut.
Ya Allah, mudahkanlah proses kematian kami.
وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ
Wannajāta minannār
Keselamatan dari api neraka.
وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ
Wal ‘afwa ‘indal hisāb
Kemaafan ketika amalan dihitung.
SENTIASALAH MENGINGATI ALLAH SWT KETIKA SENANG MAHUPUN SUSAH
Semoga Allah jadikan kita semua sentiasa ingat dan kembali kepada-Nya tidak kira di waktu senang atau pun susah.
Siapa yang ingat Allah ketika senang, Allah akan ingat dia ketika susah. Siapa yang datang kepada Allah dengan berjalan, Allah akan datang kepadanya dengan berlari.
Mohonlah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Mintalah apa saja, kerana Allah itu maha mendengar.
Anda juga boleh membaca pautan doa yang bagus untuk wanita.
#NextLevelBlogging
#PengedarShakleeDesaru
0 Comments