Wanita adalah tunjang kebahagian
keluarga. Apabila seorag wanita sudah mencapai status seorang isteri dan dianugerahkan
gelaran seorang ibu secara automatik dia akan mengalas tugas seharian yang penuh terisi masanya. Oleh itu, Wanita perlu memastikan diri mereka sentiasa sihat,
cergas dan bertenaga dalam menjalani tugasan harian mereka.
Sebelum ini, kita sudah belajar
mengenai kelas kesihatan lelaki bersama our nutritionist Puan Sarah pada hari
bapa yang lalu bukan. Segagah manapun kita, diri kita tidak akan terlepas dari sakit
jatuh sakit. Apa yang penting disini adalah bagaimana aktiviti harian dan
pemakanan membantu kita dalam menghadapi saat genting apabila sakit datang
menerjah?
Wanita sering dikaitkan dengan
penyakit-penyakit yang serious sehingga boleh membawa maut seperti kanser
payudara dan kanser rahim. Namun begitu, terdapat juga penyakit lain yang kurang
popular menghantui Wanita dan memberi kesan yang besar kepada kesihatan tubuh
badan dan emosi.
Antaranya ialah :
- Kemurungan (stress/depression)
- Rahim jatuh (prolapse)
- Keputihan atau jangkitan kuman
- Urat kaki bersimpul (vena varikos)
- Tiriod
- Sakit jantung atau stroke
- Masalah kekuragan nafsu seksual
- Berat badan (punca pcos)
- PMS dan lesu ketika haid
- Diabetic
Oleh yang demikian, kita perlulah prihatin
terhadap diri sendiri dengan mengamalkan diet harian yang sihat, gaya hidup
yang menyihatkan dan bebas daripada aktiviti yang membahayakan diri. Sediakan
payung sebelum hujan. Jika sudah sakit kosnya lebih tinggi dari kita sebelum
kita prevent melalui suplemen dan gaya hidup yang sihat.
Seperti yang kita ketahui, Wanita dan lelaki amatlah berbeza dari segi penjagaan kesihatan. Oleh itu, makanan yang terbaik untuk Wanita adalah lebih khusus dan berbeza dengan lelaki. Antara makanan terbaik untuk kesihatan wanita adalah :
- Sayuran hijau – sayuran hijau kaya dengan serat dan nutrient penting untuk tubuh badan. Tahukah anda, semakin pahit rasa sayur, semakin banyak khasiatnya kepada tubuh badan. Anda boleh mengamalkan sayur hijau sebagai diet anda sekurangnya 3 hidangan setiap hari.
- Protein Soya – Protein soya dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Pengambilan sekurang-kurangnya 25 gram protein soya sehari, akan mengalakkan kesihatan tubuh kita. Pastikan soya tidak tercemar dengan GMO. Lebih mudah minum Sahaja ESP Shaklee yang terbuktiberkesan menurunkan paras kolestrol.
- Bijrin – Makanan seperti beras perang, roti gandum dan barli sangat bagus untuk wanita terutamanya untuk mencegah masalah pencernaan.
- Makanan Tinggi asid Folik – Makanan tinggi folat atau asid folik ini sangat bagus terutamanya kepada wanita hamil. Antara makanan yang tinggi kandungan asid folik adalah buah oren, kekacang, asparagus dan jagung. Ibu hamil amat memerlukan asid folik bagi memastikan perkembangan saraf dan jantung bayi yang baik. Pastikan anda mengambil sehigga 400 mcg setiap hari. Jika agak sukar untuk dapatkan dari pemakanan seharian, B Complex Shaklee Lengkap 8 vitamin B dapat membantu anda menyelesaikan masalah kekurangan sumber vitamin B.
- Jus Cranberry – Wanita amat mudah mendapat jangkitan atau masalah kencing kotor. Tahukah anda Cranberry Juice sangat bagus dalam mencegah jangkitan ini, ia berfungsi mencegah bakteria dari melekat pada dinding pundi dan saluran kencing. Penyelidikan terbaru kini mendedahkan bahawa cranberry mampu kekalkan kesihatan kardiovaskular (jantung).
- Air Kosong – Air adalah sangat penting untuk proses metabolisma dalam badan. Selain membantu sistem penghadaman. Pengambilan air kosong yang mencukupi juga mampu mengawal berat badan. Minum 3 liters air (8-9 gelas) sehari adalah penting bagi memastikan kandungan air dalam badan kita adalah mencukupi.
- Pengambilan Vitamin C – Amat bagus untuk kesihatan menyeluruh kerana vitamin C kaya dengan anti oksidan mampu menurunkan risiko penyakit jantung. Ambil sekurang-kurangnya 75 miligram vitamin c sudah memadai sebagai rutin diet seharian anda. Selain daripada pemakanan anda juga boleh mengambil dari suplemen untuk melengkapkan penjagaan kesihatan yang lebih mudah dan selamat. Set Vitamin Untuk Wanita ini sangat membantu mengekalkan dan meningkatkan kesihatan wanita agar tampak lebih muda remaja serta bertenaga ketika datang haid atau sedang menjalani proses pre-monapose.
Vitamin Untuk Wanita
Dari segi kecantikkan luaran, kita punyai banyak solusi selain bergantung pada skincare sahaja. Tetapi bagaimana pula
dengan kesihatan dalaman? yang lebih memberikan kesihatan yang berpanjangan untuk sistem tubuh badan kita. Mari saya kongsikan Manfaat Vitamin Untuk Wanita dari
set suplemen pula.
Omega Guard
- Asid lemak Omega 3 berfungsi melancarkan peredaran darah sekaligus baik untuk mereka yang mempunyai masalah kardiovaskular dan kolestrol yang tinggi.
- Menguatkan daya ingatkan
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Membantu membakar lemak dan memperolehi berat badan yang ideal
- Membantu masalah sendi, otot dan kebas
- Perkembangan baik untuk otak bayi, kuatkan memori anak (diambil ketika hamil dan menyusu oleh ibu)
OsterNutrix
- Melegakan lenguh dan sakit-sakit sendi
- Menggalakan tulang yang kuat
- Menggurangkan risiko penyakit osteophorosis
- Menguatkan tulang, gigi dan sendi
- Membantu tidur yang kena
- Bertindak sebagai pelawas
GLA Complex
- Membantu melegakan symptom senggugut (pms) dan menopos
- Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
- Awet muda dan mencantikkan kulit kerana mengandungi Vitamin E semulajadi
- Mengurangkan blood clout yang menyebabkan serangan jantung
- Meningkatkan kesuburan
Vita Lize (multivitamin dan multimineral)
- Pelengkap 25 nutrisi vitamin dan mineral
- Membantu penghasilan sel darah merah, membekalkan zat besi dan meningkatan HB
- Memelihara sistem saraf dan fungsi otot
- Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
- Membantu sistem memori dan focus
- Membantu proses tumbesaran
- Melindungi fungsi buah pinggang, jantung, hati
0 Comments