Having Breakfast At The Botanist Cyberjaya



Setelah melalui beberapa kegagalan untuk berjumpa pada pertengahan januari yang lepas, akhirnya rezeki datang tanpa dirancang. Kebetulan saya ada beberapa urusan kerja di Kuala Lumpur pada 30-31 Jan 2024 yang lepas. 

itulah kalau dah namanya rezeki nak berjumpa, anytime will happend. Sejurus saja selesai urusan saya di KL. Saya pun terus ke rumah Huda di Putrajaya dan bermalam di sana. Wahal kami ini, hari-hari je berborak dalam chat or phone call. Tapi tulah selagi tak jumpa macam tak sepenuhnya deliver.

Ah alasan saya je ni, padahal memang sejenis akan curi juga masa nak lepak dan berborak! kami ni kalau ada masa sebulan pun tak habis borak.Ada saja topic nak kupasss...

Eh, saya ini nak kongsikan betapa seronoknya jika breakfast di Tamarind Square, ada pelbagai pilihan cafe di sana. Semasa habis PKP dahulu saya ke Alcea cafe, coffee dan pilihan makanan disitu memang sedap untuk menu melayu dan juga western. 

Tapi mood kali ini, lebih mencari selera barat yang khusus di The Botanist . Saya dan Huda memesan big breakfast yang menjadi menu bestseller cafe tersebut. Mak aihhhhh sedap betul dan agak besar portion. Memang boleh makan untuk dua orang sebenarnya, Oleh kerana ini kali pertama kami ke sana. Maka bebailah selepas makan... kenyang sampai petang woiii. Syahdu gila pemanduan pulang ke Johor waktu itu, bila perut terlalu kenyang memang gelong bijik mataaa. Ahahahahahahaha!

Cafe ini memang sangat selesa dan amazingnya takda seekor nyamok pun walaupun keliling kedai penuh dengan pokok ya. keadaan cafe yang selesa dan nayaman membuatkan kami selera makan. Saya rekemen kedai ini kepada anda semua untuk sesekali merasa the best western breakfast! Sumpahhh puas makan tauuu...













These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Johor berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara Percuma? Email: norainiabdullah87@gmail.com Call/WhatsApp: 016 984 9383.

Post a Comment

0 Comments