Hujung Tahun Musim Banjir di Malaysia

Hujung Tahun Musim Banjir di Malaysia.

Jaga keselamatan, Kesihatan dan berlindung di tempat yang selamat. Malaysia merupakan negara yang beriklim tropika. Iklimnya ialah khatulistiwa tetapi bagi sesetengah tempat di Malaysia, terutamanya di bahagian utara semenanjung Malaysia dan utara sabah mengalami iklim mosun tropika.

 

Perubahan hujan bermusim di Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama:

  1. Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, November hingga Januari merupakan bulan-bulan yang mempunyai curahan hujan yang maksimum, manakala Jun dan Julai mempunyai curahan hujan yang minimum.
  2. Corak hujan di kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia menunjukkan dua tempoh hujan maksimum yang dipisahkan oleh dua tempoh hujan minimum. Maksimum utama biasanya berlaku pada bulan Oktober hingga November, manakala maksimum sekunder berlaku pada bulan April hingga Mei. Di kawasan barat laut, minimum utama berlaku pada bulan Januari hingga Februari, manakala minimum sekunder berlaku pada bulan Jun hingga Julai. Di lain-lain tempat, minimum primer berlaku pada bulan Jun hingga Julai, manakala minimum sekunder berlaku pada bulan Februari.
  3. Corak hujan di kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia lebih dicorakkan oleh kejadian 'Sumatera' pagi pada bulan Mei hingga Ogos dan corak maksima serta minima berganda tidak wujud. Oktober dan November adalah bulan yang mempunyai hujan maksimum, manakala Februari adalah bulan yang mempunyai hujan minimum. Maksimum pada bulan Mac hingga Mei dan minimum pada bulan Jun hingga Julai tidak wujud atau kurang jelas.

Corak perubahan cuaca pada hari ini iaitu bulan Oktober 2024, di kawasan barat laut sekitar kawasan Hulu Langat hujan turun mencurah sehingga mengakibatkan banjir yang amat dasyat, penduduk kawasan tersebut trauma sekiranya banjir kali ketiga dating lebih dasyat dan teruk seperti yang lepas.

Hal demikian kita dapat melihat dari link berita ini :

https://malaysiagazette.com/2024/10/13/penduduk-hulu-langat-trauma-banjir-lagi/






These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Johor berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara Percuma? Email: norainiabdullah87@gmail.com Call/WhatsApp: 016 984 9383.

Post a Comment

0 Comments