Telur puyuh adalah alternatif kepada telur ayam yang agak popular. Ia boleh dikenali dengan mudah melalui saiznya yang kecil dan tompokan berwarna hitan pada kulitnya.
Jika diikutkan, saiz kuning telur burung puyuh adalah agak besar. Oleh itu, mungkin anda akan dapati rasanya lebih berlemak berbanding telur ayam. Disebabkan saiznya yang kecil, ia juga lebih cepat dimasak. Ayuh kita semak beberapa manfaat serta nutrisinya.
Manfaat
1. Sumber Lemak Sihat.
Telur Puyuh juga sesuai dijadikan sumber lemak sihat. Bermanfaat untuk kesihatan jantung, telur ini mengandungi sehingga 60% lemak tidak tepu dan boleh memberi kesan positif pada tahap kolestrol tubuh.
2. Menguatkan Sistem Pertahanan Badan.
Walaupun kecil, telur ini mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi bagi melawan kerosakan sel, jangkitan dan penuaan.
3. Berpontensi Merawat Alahan
Telur burung juga diperkaya dengan protein ovomucid yang mempunyai sifat anti-alahan semulajadi. Ia dilihat berpotensi dalam melawan keradangan, jangkitan serta simptom alahan.
4. Meningkatkan Metabolism
Khasiat vitamin B, telur kecil ini juga mempunyai khasiat vitamin A yang baik untuk kesihatan mata. ia juga berperanan dalam mencegah masalah penglihatan termasuk katarak.
Perbezaan Nutrisi Telur Puyuh Dengan Telur Ayam.
Segelintir orang turut percaya bahawa telur ini mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding telur ayam.
Adakah dakwaan ini benar ?
Selain saiz yang sebesarnya hanya 1/3 daripada telur ayam, terdapat beberapa perbezaan nutrisi yang boleh dikenalpasti.
Berikut dikongsikan beberapa nutrisi penting yang boleh dibandingkan antara 100 gram telur ayam dan 100 gram telur burung puyuh.
Nutrisi | Telur Burung Puyuh (kira-kira 10 biji telur) | Telur ayam (kira-kira 2 biji telur bersaiz besar) |
Kalori | 158 | 148 |
Lemak | 11 gram | 10 gram |
Protein | 13 gram | 12 gram |
Choline | 48% daripada keperluan harian | 61% daripada keperluan harian |
Riboflavin | 61% daripada keperluan harian | 32% daripada keperluan harian |
Vitamin B12 | 66% daripada keperluan harian | 43% daripada keperluan harian |
Zat Besi | 20% daripada keperluan harian | 9% daripada keperluan harian |
Telur puyuh mengandungi kandungan lemak dan protein yang lebih tinggi, dua kali ganda kandungan zat besi dan riboflavin dan kira-kira 1/3 lebih tinggi kandungan vitamin B12 berbanding telur ayam.
Sementara itu, telur ayam mengandungi lebih kandungan choline.
Secara keseluruhan telur bersaiz kecil ini mempunyai khasiat yang tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan telur ayam.
Namun, anda tidak semestinya perlu bergantung kepada telur kecil ini kerana nutrisinya adalah hampir sama.
Tambahan pula harganya lebih mahal dan sukar untuk dicari. Jadi tidak salah untuk anda terus mengambil telur ayam sebagai sumber protein harian.
Kesan Sampingan
Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya telur burung puyuh kebanyakkannya tidak melalui proses pempasteuran.
Ini bermakna telur-telur kecil ini tidak dipanaskan untuk membunuh bakteria seperti salmonolla.
Oleh itu, wanita mengandung atau individu dengan masalah imuniti lemah perlulah mengelak daripada makan telur burung puyuh yang mentah atau tidak dimasak sempurna.
Walaupun sizenya kecil, tak sangka rupanya telur burung puyuh mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh.
ia juga sesuai untuk dijadikan alternatif kepada telur ayam dan protein harian lain.
0 Comments